Y.Bhg. Komisioner Jeneral Penjara mengarahkan pihak institusi agar mengadakan kelas bimbingan dengan memberi tumpuan khusus kepada teknik-teknik menjawab soalan berbentuk esei. Lembaga yang bersidang mendapati calon kurang menguasai teknik menjawab soalan-soalan berbentuk esei. Hasil daripada mesyuarat tersebut keputusan telah diperakukan oleh pihak lembaga dan para calon yang menduduki peperiksaan, kursus dan temuduga akan dapat melihat keputusan masing-masing melalui web jabatan mulai hari Isnin 4.8.2008. Calon yang ingin menduduki dan menambahbaik keputusan peperiksaan hendaklah menghantar borang permohonan ke Bahagian Kepenjaraan mengikut jadual yang telah diedarkan. Jadual juga boleh dilayari melalui web Jabatan.
KEPUTUSAN KESELURUHAN PTK SIRI 1/2008 |